Senja merupakan waktu peralihan antara siang dan malam. Allah telah
menjadikan aturan yang khusus buat makhlukNya pada kedua-dua waktu yang
tersebut. Waktu siang adalah waktu untuk manusia bekerja dan mencari
rezeki manakala waktu malamnya pula adalah waktu untuk beristirehat dan
tidur. Firman Allah Taala dalam surah An Naba’ ayat 10-11: ”Dan Kami
telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang
melindungi), dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya)
sebagai masa untuk mencari rezeki.”
Jika siang adalah waktu untuk manusia keluar mencari rezeki, maka waktu
malam pula merupakan waktu di mana jin dan syaitan berkeliaran untuk
menjalankan kegiatan mereka. Justeru, tidak hairanlah jika pusat-pusat
maksiat seperti kelab malam, rumah pelacuran, disko, fun fair, pusat
judi, konsert hiburan dan karaoke aktif pada sebelah malam. Begitu juga
dengan aktiviti merempit dan lumba kereta lebih hangat di sebelah malam.
Menyedari bahayanya godaan dan gangguan pada malam hari, Nabi Muhammad
SAW mengingatkan umatnya dengan sabda Baginda: “Sekiranya manusia mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya mereka tidak akan berani berjalan sendirian di malam hari.”
Apa rahsia senja ?
Rasulullah juga menyuruh agar membunuh anjing berwarna hitam yang
mempunyai titik putih di atas mata kerana ia adalah syaitan ..
Kanak-kanak terutamanya yg belum mumaiyiz memiliki hati yang bersih
daripada dosa & tiada hijab .. Keadaan itu memungkinkan kanak-kanak
dapat melihat makhluk-makhluk halus atau merasai tindakan makhluk
tersebut ..
Sabda Rasulullah S.A.W ,
"Tidur itu saudara mati , tidur antara hidup dan mati seseorang"
Malah , syaitan ini terlalu
aktif waktu senja ..syaitan akan mudah masuk kedalam mimpi seseorang ..
Oleh kerana itu , kita akan mimpi perkara yang tidak baik pada waktu
senja ( selepas asar ) .. Jadi , jangan biarkan diri anda atau orang
lain tidur waktu asar .. jika adik / bayi anda tidur waktu ini ,
geraklah mereka dan bermain dengan mereka supaya mereka tidak tidur
waktu itu .. Ini kerana bayi / kanak-kanak lebih mudah kena .. Waktu ini
lah kita paling suka tidur , jadi berubah lah .. cara untuk elak tidur
waktu ini adalah , keluar lakukan riadah , lakukan hobi anda dan
sebagainya ..
Menutup Bekas Minuman Dan Makanan
Sabda Rasulullah s.a.w ,
"
apabila seorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah ( dengan
membaca Bismillah ) ketika memasukinya dan ketika ingin makan ,
berkatalah syaitan ( kepada golongannya ) : "kalian tidak memiliki
tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam"
Penemuan sains dan perubatan moden
menunjukkan makanan / minuman yg terdedah akan mudah masuk kuman dan
bakteria .. Dalam memperkatakan perihal kuman , virus dan bakteria ini ,
Syeikh Rashid Ridha menjelaskan "Dan ahli ilmu kalam ( tauhid ) berkata
, sesungguhnya jin itu adalah ( makhluk Allah ) yg hidup , bertubuh
halus dan tidak boleh dilihat . Dan sesungguhnya di dalam kitab Tafsir
Al Manar , telah kami nyatakn berkali-kali bahawa makhluk Allah yang
hidup , bertubuh halus yg dikenali di zaman ini sebagai mikroorganisma
menerusi mikroskop adalah sebenarnya satu jenis daripada bangsa jin ..
Dan telah pun terbukti bahawa ia merupakan antara punca bagi kebanyakan
penyakit .. "
TUTUP degan menyebut nama Allah
Aurat manusia ini diperhati oleh
jin .. Apabila kamu hendak mandi , hendaklah memakai kain untuk menutup
badan mu .. Jin akan jatuh cinta terutamanya wanita jika jin melihat
kamu berbogel di bilik air .. Jadi , sediakan lah sehelai kain di bilik
air .. Jika jin sudah jatuh cinta , perangainya akan berubah menjadi
seorang yang tidak baik ..
sebagai mana hadis dirawayatkan Sayidina Ali b. Abu Talib bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ,
"
Tabir antara mata jin dan aurat aurat Bani Adam jika salah seorang di
antara kamu masuk bilik mandi hendaklah ia mengucap bismillah"
Keluar senja perlu tutup kepala
Jika kita terpaksa keluar waktu
senja , kita perlu menutup kepala .. Saranan tutup kepala adalah untuk
menutup ubun-ubun supaya tidak terdedah kepada bisikan syaitan yang suka
meracuni hati dan fikiran manusia .. Menurut Prof Keith L.More , di
dalam otak manusia terdapat satu bahagian yang dikenali sebagai "frontal
lobe" yang menjadi pusat segala perancangan itu baik / jahat , ia
bermula dari situ .. Kepentingan "frontal lobe" telah dibuktikan oleh
Sheikh Zahlun Najar dan Abdul Majeed Alzendance , ia adalah pusat
kawalan yang mengeluarkna segala arahan mengawal diri , membentuk
tingkah laku dan peribadi seseorang , berbohong , kejujuran dan membuat
keputusan .. Anggota badan hanya menjadi tentera yang menjalankan arahan
sahaja .. Allah telah jelaskan dalam firmanNya :
"Jangan
sekali-sekali berlaku derhaka ! Demi sesungguhnya jika ia tidak
berhenti ( dari perbuatannya yang buruk itu ) , nescaya kami akan
menyentap ubun-ubunnya ( dan mengheretnya ke dalam neraka ) , ( iaitu )
ubun-ubun ( orang-orang ) yang berdusta , yang bersalah ."
( al Alaq ayat 15-16 )
Bagi seseorang yang terpaksa keluar ketika mana para syaitan sedang berkeliaran mencari mangsa, maka pendekatan yang harus dilakukan ialah dengan mengamalkan apa yang ditunjuki oleh Nabi SAW iaitu: (1) berdoa mohon perlindungan dari kejahatan jin dan syaitan,(2) pastikan diri dalam keadaan suci dari hadas, (3) hati dan fikiran kena selalu berzikir ingat kepada Allah, (4) tidak keluar bersendirian kecuali ditemani seorang mahram, (5) menjauhi dari melalui kawasan-kawasan gelap atau sarang maksiat, (6) menutup aurat terutama bahagian kepala..
~ Wallahua'lam...
semoga bermanfaat..