Friday, December 19, 2014

Sungguh 'Menjemput Rezeki' jauh lebih mudah berbanding 'Mencari Rezeki'.

BismilahirRahmannirRahim

Assalamualaikum..


                Ramai yang mengeluh kerana penatnya mengejar 

dan mencari Rezeki bagi menampung kehidupan masa 

kini.  Bertambah lelah terasa dengan kenaikan pelbagai 

kos dan tarif barangan keperluan.

Semua kepenatan dan kelelahan yang ditanggung 

menyebabkan diri semankin alpa dan jauh dari yang 

Maha Pemberi Rezeki. Sejujurnya mencari atau 

sebenarnya menjemput rezeki itu tidaklah penat dan 

lelah. Mudahnya Menjemput Rezeki jika kita terus 

mendampingiNYA.

              Alhamdulillah.. ada insan yang berhati mulia 

mahu berkongsi rahsia bagaimana mudahnya 

menjemput rezeki dan dibawah ini saya kongsikan pula 

dengan semua sahabat dan insan-insan yang sudi 

menatap setia ruangan blog 

saya ini. Semoga perkongsian ini mendapat manfaat 

yang sewajarnya kepada semua.. 

InshALLAH.. Aamiin..



******************







                  Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA 

MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-

MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.

Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad 

Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang 

dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.



               Apa yang diceritakan semuanya berbalik 

semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..  Networking 

kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita 

luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana 

kebanyakan biasa berbanding luar biasa.

Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi 

kita tak penat untuk menjemput rezeki.





Formula yang saya dapat:


1. Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu 

buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama 

makin meningkat.

Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. 

Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk 

selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk 

menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi 

JUTAWAN BERKAT





2. Tahajjud. Bangunlah menunaikan solat ini setiap 

malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. 

Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-

bulatnya.





3. Membaca Al-Quran. Apa yang di cerita,bangun pagi 

kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa 

dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & 

terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita 

melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang 

melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah 

"TIADA MASA"..





4. Berzikir. Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 

40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan 

kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan 

buatlah sehingga 40 hari.





5. Solat Berjemaah. Terutama lelaki,,solat berjemaah di 

surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum 

azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali 

atau lebih.





6. Bersilaturrahim. Janganlah kita memecahkan 

silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda 

dengan hati yang yang lapang dan tenang.









7. Bersedekah. Ini amalan yang sangat dititikberatkan 


oleh pn.areena kerana sedekah satu power yang luar 

biasa. Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak 

kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 

10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

Contoh yang dia beri semalam.. Jika inginkan 


pendapatan bulan ini RM5000..10% daripada RM5000 

yang kita inginkan..RM500 perlu kita sedekahkan pada 

bulan ini.

Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan 


Allah.Testimoni beliau tentang sedekah.. seorang 

peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. 

Pendapatan setiap bulan RM600,000.

Testimoni beliau lagi.. seorang kawan pergi outstation 7 


hari. Sebelum outstation.. kawan dia pergi bayar 

'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi 

insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. 

Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 

hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron 

tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH






8. Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting 

dari segala-segalanya. 

Contoh 

Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan 

berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau 

tidak??

Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..






9. Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH

Jangan mengharapkan manusia di luar sana..





10. Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu 

baru tawakal. Betul tak ?? Tapi pn.rina kata ..tawakal 

dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah.. baru kita 

usaha..




4 amalan surah setiap hari.


● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu

● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha


● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar


● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur




Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.


 Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab 

penyakit bermula dari kaki. Ini kerana mak dia adalah 

pesakit KANSER..Tapi dia tak. Sebab dia tidak beremosi

seperti mak,selalu minum air. Mak dia jarang minum air.

Yang ikut adalah adik dia pesakit KANSER. Ini kerana 


adik dia seperti mak yang selalu beremosi dan kurang 

minum air.



BILA ANDA CUKUP AMALAN.. BARULAH SEMUA AKAN 


BERUBAH. SEKARANG 

SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN 

BERUBAH ATAU TIDAK.

BERPEGANG KEPADA ALQURAN & AS-SUNNAH..




*********************************************************

~ Psstt... Apa pun jenis perniagaan anda, anda tetap guna handphone kan.. ?
anda ejen Shaklee, Elken, Jamu2, Amway, Cosway, HerbaLife & macam2 lagi biz la kat luar tu.. kena Contact orang Pakai Handphone kan..?

Anda teruskan aje biz anda, cuma ubah sikit jer.. guna telco "Tone Excel" ..

Disamping anda kembangkan biz anda, secara tak langsung anda juga telah membina biz baru..! Baru Betul Biz Minded..!!  


Anda selalu topup hphone...
Adik bradik anda selalu topup...
Emak ayah, keluarga anda pun topup...
Kawan2 anda semuanya kaki topup...

Tapi sayang begitu ramai orang disekeliling kita yg topup handphone mereka setiap 

hari tapi kita dan mereka xdpt apa2...
Anda mahu saya tunjukkan caranya bagaimana mnjadikan akaun bank anda 

dipenuhi duit setiap kali emak ayah, adik bradik, kluarga dan rakan2 anda 

topup hphone mereka..??

▶ BUKAN JUAL TOPUP!!!

Hanya tukar SIMKAD saja... :D

#Whatsapp. wechat, Tele saya jika anda berminat nak jana pendapatan pasif melalui hp anda..! ~ 0197677319