Wednesday, March 25, 2015

▲ SimKad Yang Paling Jimat ▲

Assalamualaikum..
Dibawah ini ialah perbualan antara Sifu Mazelan Abas bersama dengan seorang sahabat beliau yang dahulunya adalah pengguna simkad ToneExcel..
Apa yang menariknya perbualan ini sehingga saya rakamkan nya secara bertulis di sini..?
Nak Tahu..??
Nak tahu bacalah sendiri, hihi.. (✿◠‿◠)





Baru-baru saya pernah jumpa seorang rakan yang dulu pernah join ToneExcel
tapi kerana sibuk buat bisnes lain, 
dia terpaksa tinggalkan simkad ini. 

Dia datang jumpa saya di PJ, dan berhasrat nak sambung semula buat ToneExcel. 
Saya tanya dia kenapa nak buat semula? 
Dia kata, dah menyesal tak ikut saya dulu, sebab ramai yang dah berjaya dalam ToneExcel ini. 
Saya kata, kalau itu niat tuan nak buat semula toneexcel, 
jawapannya sama, 
tuan akan gagal seperti mana ramai orang lain gagal dalam ToneExcel ini.
Join je, selepas empat lima bulan, sure simkad expired, kalau tak percaya, 
cuba rakan2 lihat semula dalam geneology member area, 
berapa banyak yang merah kerana expired..

Mereka ini join hanya kerana dengar cerita buat toneexcel boleh dapat duit banyak, 
kalau dapat duit banyak tak kan dia merah. 
Kerana mereka tak dapat duit dan tak dapat apa2 hasil pun.

Jadi saya nak buat macamana en Mazelan?
Saya kata, mari sini saya perbetulkan tujuan dahulu.



 *Tuan pakai line apa sekarang? 

-Saya pakai jenama X.
*Berapa lama tuan dah pakai jenama X? 

-Dah masuk 10 tahun.
*Kenapa tuan pakai jenama X? 

-Kerana saya dah pakai lama, 
kedua pasal dia jimat sikit. 
Calling rate 20 sen/min, 
ada active10 15 sen/min.
*Betul ke dia jimat? 

-Iya la kut. 
Sebab ToneExcel mahal 28 sen/min. 
Satu lagi simkad dia mahal RM90 sekeping, 
yang lain lima hinggit pun dapat.



*Keluarga tuan pakai line apa? 

-Ada yg pakai jenama x, 
ada yang pakai jenama Y.
*Berapa tuan topup setiap bulan? 

-Saya buat bisnes online en mazelan, 
saya sering berhubung dengan pelanggan, 
saya jarang SMS, tapi kalau ada pelanggan yg berminat saya call terus, 
jadi lebih kurang RM300 setiap bulan.
*Purata berapa kali tuan call pelanggan sehari? 

-Dalam 5 orang.
*Purata berapa minit tuan call mereka utk sekali call? 

-Ada kut dalam 4/5 minit.
*Ok, mari saya ajar cara mengira.
Kalau tuan call pelanggan sehari 5 orang, 
purata sebulan tuan call seramai 150 orang, betul tak? 

-Betul.
*Kalau sorang, purata tuan call mereka selama 5 minit, 
bermakna tuan menggunakan telipon selama 750 minit sebulan betul tak? 

-Betul
*Maka RM300/750 minit adalah 40sen/min betul? 

-A'aah ek ! Mahalnya..

*40 sen/min berbanding dengan 28 sen/min mana lebih murah? 

-ToneExcel la En Mazelan.
*Tapi kenapa dia orang kata pakai jenama x jimat? 

-Mana saya tahu, 

*kenapa tuan tak kaji, 
kenapa tuan biarkan diri tuan ditipu mudah2 oleh iklan2 yang hanya nak mengambil untungsahaja. 
Disebabkan tuan tak mahu kaji, 
kenapa tuan biarkan keluarga tuan membazir tak tentu hala. 
Banyak sangat duit ke?

40 sen berbanding 28 sen, bermakna jimat 12 sen, 12/40 adalah 30%. 
Tuan boleh jimat 30% daripada RM300, bermakna RM100 boleh dijimatkan sebulan. 
Sebulan jimat RM100, 
12 bulan RM1200, 
10 tahun RM12,000 sebab tuan cakap dah pakai 10 tahun jenama x tadi. 
Tak kiralah walau pun ToneExcel baru 5 tahun, 
tapi disebabkan tuan tak mahu kira, 
peluang penjimatan datang pun tuan lepaskan macam tu aje.

Itu belum saya kira lagi, topup 30 dapat 40
topup 50 dapat 70
Dia termenung seketika, dan tiba2 terpacul perkataan  




-"Wow, terlajak jimat simkad ToneExcel ini..!!". 

Saya pun kata 
*" tau tak apa..".

Tadi tuan kata simkad toneexcel mahal RM90. 
Tuan tahukan dalam tu ada kredit RM30

-Tahu, jawabnya.

*Maka modal tuan lebih kurang RM60 sahaja, betul tak? 

-Betul.
*Dalam toneexcel, kalau tuan topup tiap2 bulan RM300, 
(6 x RM50), tuan akan dapat extra kredit 6 x RM20 = RM120.
Maknanya sebulan je dah cover modal tuan RM60 sebelum ini, 
dan dah dapat extra lagi RM60. 
Itu baru sebulan. 
Belum 10 tahun lagi. 
Kalau setiap bulan tuan dapat extra RM120, 
kalau sepuluh tahun sepatutnya handphone tuan dah ada extra kredit RM14,400 tau ! 
Nama tuan akan termaktub dalam Malaysian Record pemilik kredit handphone terbanyak..!!

Dengan humble dia berkata 
-" Kenapalah bodohnya saya tak guna simkad ini..?? ", 

saya kata 
*" saya tak cakap macam tu ya, tuan sendiri yang cakap..". -(◕‿◕✿)

Sebab itu bila tuan dah sedar betapa jimatnya simkad ini, 
tentu tuan akan suruh seluruh keluarga tuan pakai simkad ini, 
dan selepas itu, 
secara sambilan tuan akan melihat sendiri dengan mata kepala tuan, 
bagaimana komsiyen fast track masuk dan komisyen topup masuk. 
Walau pun sikit, 
itu lebih bermakna dalam kehidupan tuan, 
yang sikit itu duit tuan sendiri
Biarlah komisyen saya beratus ribu
ada yang kata komisyen saya dah setengah juta
ada yang kata komisyen topup dah cecah RM800ribu
ada yang kata komsiyen saya dah cecah 1 juta
tapi mana2 betul sekali pun, 
itu duit saya tuan, 
bukan duit tuan, 
saya merasainya, 
tapi tuan hanya tumpang gembira untuk komisyen orang lain, 
bukan tuan punya komisyen sendiri. 





Yang saya minta tuan buat ini,                                                                  
adalah merasai komisyen tuan sendiri,                                        
walau pun sedikit, 
tapi ia amat bermakna
kerana hasil tesebut bukan matlamat utama, 
tetapi ia datang dari sikap semula jadi manusia, 
iaitu ingin berjimat dalam penggunaan telepon
Bila niat dah betul, 
tuan nak berjimat, 
dan betul2 faham memang simkad ToneExcel ini sangat jimat
secara tak langsung duit komisyen datang
bila tuan kongsikan betapa jimatnya kepada ahli keluarga yang lain dan rakan2, 
barulah tuan akan dapati komisyen toneexcel ini semakin membesar dan berpanjangan.

Sebab itu saya sering kata, 
dalam toneexcel ini, 
sesiapa join pasal nak dapat komisyen yang banyak dia tak dapat, 
tapi kalau sesiapa join toneexcel ini kerana sedar ia satu simkad yang jimat, 
dia akan dapat komisyen yang lumayan.

Berkongsilah kebaikan sesuatu produk, 
anda akan mendapat hasil disebaliknya, 
jika anda promote join bisnes ini boleh kaya cepat, 
kayap yang akan anda perolehi.

Fahami dan cari data sebanyak mungkin kenapa ToneExcel amat jimat, 
bila anda sudah sedar kebaikkannya, 
paksa ahli keluarga untuk belajar berjimat, 
paksa rakan2 untuk berjimat, 
paksa orang lain untuk berjimat, 
kalau anda seorang boss ditempat kerja, 
paksa pekerja anda untuk berjimat, 
kalau anda ketua jabatan, 
paksa semua staff anda untuk berjimat, 
kalau anda ketua kampung, 
paksa satu kampung untuk berjimat, 
kalau anda pemimpin keluarga, 
atau pemimpin negeri atau pemimpin negara, 
paksa semua orang yang anda pimpin untuk berjimat, 
tanpa anda sedari duit datang mencurah2 ke dalam akaun bank anda. 
Itu natijahnya.. 





Saya berazam, 
untuk mendidik masyarakat dunia yang menggunakan telepon untuk berjimat
selepas Malaysia
kita akan ke Philipine pula (tak lama lagi rasanya), 
selepas itu ke China (pasal ada orang China datang ke Malaysia nak ajar cara buat duit banyak2), 
kita nak ajar orang China cara berjimat pula, 
lepas itu ke negara2 lain
selagi ada orang menggunakan cellphone, 
kita akan ajar mereka berjimat. 

Waktu tu, 
rasanya tuan2 dah tak berapa pandang tentang duit lagi.... 
Aamiin.. semoga azam kita ini dimakbulkan Tuhan.

~ Mazelan Abas
Jutawan ToneExcel

~ pm / watsapp 0197677319 (salinah)



Tone Excel HQ - MONTAJ INTRO MAZELAN ABAS 

















Sunday, March 8, 2015

Handphone Ayah


Assalamualaikum..
Kali ni terpanggil untuk mencoretkan sebuah kisah mengenai ayah. 
Tiba-tiba hati ni hiba bila mendapat watsapp dari seorang sahabat yang sama-sama berada di dalam satu group watsapp geng sekolah menengah dahulu.

Dalam watsapp tu, ada gambar seorang lelaki tua yang dikisahkan membawa telefonnya untuk dibaiki ke sebuah kedai.. Tapi yang sebenarmya teleponnya tu tidak lah rosak.. :'(
Aku lampirkan gambar yang menjadi viral di FB, Watsapp dan seangkatan dengannya di bawah ini.. 
Kesian kan tengok wajah orang tua ni.



Kisah pakcik ini mengingatkan aku kepada ayah. Ayah aku berumur 76tahun sekarang.
Tapi kisah yang ingin aku ceritakan ini berlaku berbelas-belas tahun yang lalu..
Tahun selepas perginya arwah mak meninggalkan kami semua buat selama-lamanya.. :'(

Selepas arwah mak meninggalkan kami adikberadik bersama ayah, ayah tetap meneruskan kehidupan dan rutin hariannya seperti biasa di rumah yang dibeli oleh ayah atas nama arwah mak.
Puas kami adikberadik memujuk agar ayah tinggal bersama salah seorang daripada kami tapi ayah tak mahu.

Ayah sayang dengan rumah yang banyak menyimpan kenangan suka duka, susah dan senang bersama arwah mak. Ayah pun terlalu sayang untuk meninggalkan pekerjaannya sebagai Security Guard di sebuah stadium di bandar Kluang.

Ayah amat 'straight' dan berdisplin. Kekemasan dan kedisplinan ayah tu terbawa-bawa dari semenjak ayah bekerja di kem askar pada tahun 60an lagi.
Sungguh ayah sangat pengemas orangnya. Walaupun arwah mak dah tak ada tapi ayah boleh memasak, membasuh dan mengemas rumah sendirian. Aku pun kalah kalau berlawan memasak dengan ayah, hihi..



Ayah penyayang dan penyabar orangnya. Tak dinafikan aku banyak dapat 'habuan' atas perangai 'baik' ku dari arwah mak berbanding ayah. Rasanya kami adik beradik belum pernah merasa 'penangan' dari ayah. Kuasa renungan mata ayah sudah cukup membuatkan kami gerun. Dari kerana mata ayah, kami adik beradik selalu jadi baik dengan serta merta, ahaks!

Dipendekkan cerita, oleh kerana ayah bekerja dan kami adik beradik pun dengan urusan rumahtangga masing-masing, maka kami 4 beradik perempuan kesemuanya berpakat untuk membelikan ayah sebuah handphone. Mudahlah untuk kami mengetahui keberadaan dan keadaan ayah nanti bila ayah sudah ada handphone.




Sebenarnya, kami kesian pada ayah. Semua uruskan kerjarumah ayah buat sendiri.  Ajak tinggal bersama, ayah tak mahu. Jadi kebetulan ada seorang makcik ni, kawan lama arwah mak dan ayah juga. Dia me'rekeman'kan pada ku seorang anak dara tua untuk ayah. Untuk dijodohkan dengan ayah kata nya..! Jeng, jeng, jengg..!! 
Aku pun sebenarnya kenal sangat dengan perempuan tu, memang single lagi walaupun sudah berumur. Pengemas dan cantik juga orangnya.

Aku ajukan pada ayah cadangan makcik Bibah tu. Ayah tolak mentah-mentah, kau..!
 Ayah kata dah tua-tua buat apa nak kawin lagi. Tak banyak harta nak tanggung bini baru, hihi..
Aku pujuk lagi ayah, last-last ayah kata..
" AYAH KESIAN PADA ARWAH MAK KAU. DIA BAIK. SUSAH SENANG SEMUA DENGAN AYAH.."
Lepas tu aku terus senyap. Aku faham. Dalam hati ayah, arwah mak sentiasa hidup..

Ok, lah berbalik kepada cerita handphone tadi. 
Mulanya kami mahu membelikan ayah handphone yang skrin berwarna dan canggih sikit tapi ayah kata tak mahu yang pelik-pelik dan payah untuk kendalikannya nanti. Jadi kami belikan ayah handphone yang tahan lasak dan tak banyak fungsi jadi tak susah sangat nak ajar ayah menggunakannya. 




Mula-mula ayah kekok nak guna. Ajar 2, 3hri jugak lah untuk fungsi panggilan dan jawab panggilan. Oleh kerana ayah masih blur kegunaannya jadi kami adik bradik pun pakat-pakatlah call ayah untuk membiasakan ayah menjawab panggilan.. :)

Hari-hari kami call ayah. Bila kami call, ayah akan beritahu, si angah baru call.. si kak Uda baru call.. dedek pun baru call jugak tadi.. lepas tu kami pakat gilir-gilir call ayah. Jadi tak adalah ayah asik keja menjawab panggilan anak-anak saja, hihi..

Satu hari tu, ayah balik kerja dan bermalam di rumah aku. Lepas makan malam, ayah tengok-tengok handphone ayah. Belek-belek.. Aku pun tanya lah kenapa ayah asik membelek handphone aje..
Tahu tak apa ayah jawab..

 '' TINA, TENGOKKAN HANDPHONE AYAH NI. ROSAK LA AGAKNYA.. "

Aku pun tengoklah handphone ayah tu. Belek-belek jugak. Try buat 1 call ke nombor ayah. Ok, aje. Tak ada yang rosak pun.. Aku tanya kat ayah kenapa ayah cakap dan ingat handphone ayah rosak.. Ayah jawab..

" HARI NI HANDPHONE AYAH TAK BUNYI PUN.. ANGAH, KAK UDA, DEDEK TAK TELEPON PUN.. AYAH AGAK HANDPHONE NI ROSAK LAH.."

Ya ALLAH.. nak menangis jugak masa tu, tapi tahan je rasa sebak. Rupa-rupanya, hari tu, tak ada seorang pun dari kami yang call ayah. Semua sibuk dan leka dengan urusan rumahtangga masing-masing. Semua ingat salah seorang dari kami ada yang menelefon ayah hari itu.




Sekarang ayah tinggal bersama kak Ngah di seremban. Ayah sama seperti warga tua yang lain. Berulang alik ke hospital memeriksa dan memantau jantung juga tekanan darah. Ayah juga sekarang sudah kerap lupa. 
Lupa di mana jam tangan kesayangannya diletakkan dan sentiasa tercari-cari cermin mata apabila mahu membaca suratkhabar walaupun ayah sedang memakainya ketika itu.

Apapun juga keadaan dan situasi ayah, kami anak-anak ayah sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah dan memohon agar ALLAH memberikan kesihatan yang baik kepada ayah.
Semoga ALLAH kurniakan ayah ketenangan dan kegembiraan di sepanjang usia ayah.





So, kalau kau orang masih ada lagi mak dan ayah, calling-calling lah mereka selalu, hari-hari.. Asal rasa tergerak je hati nak call, call cepat-cepat. Itu tanda mak ayah kita rindu kat kita sebenarnya. Cuma mereka tak cakap terang-terangan je.. ok..
Last sekali, sentiasa dokan mak ayah kita dalam setiap sujud-sujud kita..

































---------------------------------------------------



Ada Handphone tapi tak ada Gaji..?
Ruginyerr..
Kenapa tak jadikan handphone tu sebagai sumber side income korang..?
HandPhone boleh jadi sumber Gaji ke-2 korang selain gaji hakiki pekerjaan sekarang..??
KLIK SINI untuk tahu caranya.
..




.