Saturday, November 30, 2013

AWAS! RAHSIA WAKTU SENJAKALA....




Senja merupakan waktu peralihan antara siang dan malam. Allah telah menjadikan aturan yang khusus buat makhlukNya pada kedua-dua waktu yang tersebut. Waktu siang adalah waktu untuk manusia bekerja dan mencari rezeki manakala waktu malamnya pula adalah waktu untuk beristirehat dan tidur. Firman Allah Taala dalam surah An Naba’ ayat 10-11: ”Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) sebagai masa untuk mencari rezeki.

Jika siang adalah waktu untuk manusia keluar mencari rezeki, maka waktu malam pula merupakan waktu di mana jin dan syaitan berkeliaran untuk menjalankan kegiatan mereka. Justeru, tidak hairanlah jika pusat-pusat maksiat seperti kelab malam, rumah pelacuran, disko, fun fair, pusat judi, konsert hiburan dan karaoke aktif pada sebelah malam. Begitu juga dengan aktiviti merempit dan lumba kereta lebih hangat di sebelah malam. Menyedari bahayanya godaan dan gangguan pada malam hari, Nabi Muhammad SAW mengingatkan umatnya dengan sabda Baginda: “Sekiranya manusia mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya mereka tidak akan berani berjalan sendirian di malam hari.”
Apa rahsia senja ?

Menurut Pengarah Sekolah Pengajian Islam , Kolej Antarabangsa IKIP Kuantan , Dr. Mahyuddin Ismail , katanya , antara tabiat syaitan ialah mereka suka berada di antara dua keadaan .. contohnya antara siang dan malam , antara teduh dan panas terik , antara sejuk dan panas , antara hujan dan panas .. Malah ada juga larangn dari Rasulullah ttg duduk di antara kawasn teduh dan kawasan yg disinari cahaya matahari .. Begitu juga degan larangan orang tua tua agar jangan bermain hujan panas kerna di percayai mudah terkena demam panas .. Syaitan juga suka nerada antara seorang laki dan seorang permpuan ( bukan mahram ) yg duduk berdua-duaan .. Jika dianalisis lebih mendalam , lautan yg terletak pertembungan antara dua arus menjadi lokasi pilihin syaitan & iblis utk membina istananya .. Kepercayaan bahawa Segitiga Bermuda dan Segitiga Formosa ( iaitu kawasan yg selalu berlaku kehilangan kapal laut dan pesawat secara misteri ) sebagai kawasan yg dikuasai oleh kerajaan jin mungkin ada benarnya .. Kajian sains menunjukkan kedua-dua segi tiga tersebut merupakan kawasan pertemuan antara arus air hangat dan air yang dingin ..

 
Rasulullah juga menyuruh agar membunuh anjing berwarna hitam yang mempunyai titik putih di atas mata kerana ia adalah syaitan .. Kanak-kanak terutamanya yg belum mumaiyiz memiliki hati yang bersih daripada dosa & tiada hijab .. Keadaan itu memungkinkan kanak-kanak dapat melihat makhluk-makhluk halus atau merasai tindakan makhluk tersebut ..

Sabda Rasulullah S.A.W ,
"Tidur itu saudara mati , tidur antara hidup dan mati seseorang"

Malah , syaitan ini terlalu aktif waktu senja ..syaitan akan mudah masuk kedalam mimpi seseorang .. Oleh kerana itu , kita akan mimpi perkara yang tidak baik pada waktu senja ( selepas asar ) .. Jadi , jangan biarkan diri anda atau orang lain tidur waktu asar .. jika adik / bayi anda tidur waktu ini , geraklah mereka dan bermain dengan mereka supaya mereka tidak tidur waktu itu .. Ini kerana bayi / kanak-kanak lebih mudah kena .. Waktu ini lah kita paling suka tidur , jadi berubah lah .. cara untuk elak tidur waktu ini adalah , keluar lakukan riadah , lakukan hobi anda dan sebagainya .. 
 
Diriwayatkan dari Jabir RA. : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "ketika malam turun, dekatkanlah anak-anak kalian kepadamu, karena waktu itu setan bertebaran. Sejam kemudian, kalian dapat melepaskan mereka; dan tutuplah pintu-pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah, padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah, tutuplah minumanmu dan sebutlah nama Allah, tutuplah juga bejanamu dan sebutlah nama Allah, sekalipun hanya dengan meletakkan sesuatu di atasnya". [Riwayat Bukhari]


Menutup Bekas Minuman Dan Makanan

Sabda Rasulullah s.a.w ,
" apabila seorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah ( dengan membaca Bismillah ) ketika memasukinya dan ketika ingin makan , berkatalah syaitan ( kepada golongannya ) : "kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam"

Penemuan sains dan perubatan moden menunjukkan makanan / minuman yg terdedah akan mudah masuk kuman dan bakteria .. Dalam memperkatakan perihal kuman , virus dan bakteria ini , Syeikh Rashid Ridha menjelaskan "Dan ahli ilmu kalam ( tauhid ) berkata , sesungguhnya jin itu adalah ( makhluk Allah ) yg hidup , bertubuh halus dan tidak boleh dilihat . Dan sesungguhnya di dalam kitab Tafsir Al Manar , telah kami nyatakn berkali-kali bahawa makhluk Allah yang hidup , bertubuh halus yg dikenali di zaman ini sebagai mikroorganisma menerusi mikroskop adalah sebenarnya satu jenis daripada bangsa jin .. Dan telah pun terbukti bahawa ia merupakan antara punca bagi kebanyakan penyakit .. "

TUTUP degan menyebut nama Allah 

Aurat manusia ini diperhati oleh jin .. Apabila kamu hendak mandi , hendaklah memakai kain untuk menutup badan mu .. Jin akan jatuh cinta terutamanya wanita jika jin melihat kamu berbogel di bilik air .. Jadi , sediakan lah sehelai kain di bilik air .. Jika jin sudah jatuh cinta , perangainya akan berubah menjadi seorang yang tidak baik ..
sebagai mana hadis dirawayatkan Sayidina Ali b. Abu Talib bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ,
" Tabir antara mata jin dan aurat aurat Bani Adam jika salah seorang di antara kamu masuk bilik mandi hendaklah ia mengucap bismillah"
Keluar senja perlu tutup kepala

Jika kita terpaksa keluar waktu senja , kita perlu menutup kepala .. Saranan tutup kepala adalah untuk menutup ubun-ubun supaya tidak terdedah kepada bisikan syaitan yang suka meracuni hati dan fikiran manusia .. Menurut Prof Keith L.More , di dalam otak manusia terdapat satu bahagian yang dikenali sebagai "frontal lobe" yang menjadi pusat segala perancangan itu baik / jahat , ia bermula dari situ .. Kepentingan "frontal lobe" telah dibuktikan oleh Sheikh Zahlun Najar dan Abdul Majeed Alzendance , ia adalah pusat kawalan yang mengeluarkna segala arahan mengawal diri , membentuk tingkah laku dan peribadi seseorang , berbohong , kejujuran dan membuat keputusan .. Anggota badan hanya menjadi tentera yang menjalankan arahan sahaja .. Allah telah jelaskan dalam firmanNya :

"Jangan sekali-sekali berlaku derhaka ! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti ( dari perbuatannya yang buruk itu ) , nescaya kami akan menyentap ubun-ubunnya ( dan mengheretnya ke dalam neraka ) , ( iaitu ) ubun-ubun ( orang-orang ) yang berdusta , yang bersalah ."
( al Alaq ayat 15-16 )
 

  Bagi seseorang yang terpaksa keluar ketika mana para syaitan sedang berkeliaran mencari mangsa, maka pendekatan yang harus dilakukan ialah dengan mengamalkan apa yang ditunjuki oleh Nabi SAW iaitu: (1) berdoa mohon perlindungan dari kejahatan jin dan syaitan,(2) pastikan diri dalam keadaan suci dari hadas, (3) hati dan fikiran kena selalu berzikir ingat kepada Allah, (4) tidak keluar bersendirian kecuali ditemani seorang mahram, (5) menjauhi dari melalui kawasan-kawasan gelap atau sarang maksiat, (6) menutup aurat terutama bahagian kepala..

~ Wallahua'lam...
semoga bermanfaat..

Sunday, November 17, 2013

Rezeki itu UNIK, Ingat ALLAH janji..




#Begitulah, sbenarnya, rezeki setiap dari kita adalah unik...

Apa yang perlu dilakukan hanyalah buat saja banyak-banyak apa yang ALLAH suka. Ya, kepada semua makhluk ALLAH..

~ Kemudian tunggu sajalah janji ALLAH.

Janji apa??


*Rezeki yang tidak disangka-sangka!
Cuma perlu tukar gaya hidup sahaja.

1) Kalau sebelum ini tidak solat ,solatlah.

2) Kalau sebelum ini solat di hujung waktu, solatlah di awal waktu.



 3) Kalau selama ini solat di rumah (bagi lelaki), solatlah di masjid.



 4) Kalau sebelum ini berkira bila mahu bersedekah, jadilah pemurah.

5) Jika sebelum ini selalu berkasar dengan isteri atau suami. Berlembutlah.

 
6) Jika sebelum ini tanya khabar ibu, sebulan sekali. Tanyalah khabar setiap minggu. Ada yang buat 3 kali sehari! Subhanallah.

7) Senarai ini boleh menjadi lebih panjang lagi.

8)Ya, terlalu banyak yang ALLAH suka..
 Buatlah banyak-banyak, kemudian...


 9) Tungguh sajalah kejutan-kejutan dari ALLAH..

10) Tentunya kejutan yang menyeronokkan!

Insya-ALLAH.

*-Perkongsian dari Tuan Fathuri-



***************************************

 nak Jimat Duit atau nak Dapat Duit..?
.
.~ http://hasil100fb.com/611746

watsapp - 0197677319

‪#‎topUpMasukDuit‬ 
‪#‎bisnesSensen‬
‪#‎santai2aje‬
‪#‎bisnesKeluarga‬
‪#‎simkadMahalBagiDuit‬
‪#‎simkadMurahTelanDuit‬

Friday, November 8, 2013

~..TIPS PERNIKAHAN..~





1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

 

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah dan di saksikan oleh para malaikat.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, karena anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.


 
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat, jangan terburu-buru nafsu.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%


 
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM.
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan


 
#Semoga anda yang 'single' mendapat Jodoh yang Sangat Setia dan Sakinah Mawaddah warohmah..

Aamiin Rabbal'alamin.

Sunday, November 3, 2013

Nasihat Nasihat Rasulullah SAW..


Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW..

Dia berkata: Aku ingin menjadi orang yang alim..


Baginda s.a.w. menjawab : Takutlah kepada ALLAH maka engkau akan jadi orang yang alim..


Dia berkata: Aku ingin menjadi orang paling kaya
Baginda s.a.w. menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri sendiri maka engkau akan jadi orang paling kaya.


Dia berkata: Aku ingin menjadi orang yang adil.
Baginda s.a.w. menjawab : Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia.


Dia berkata: Aku ingin menjadi orang yang paling baik.
Baginda s.a.w. menjawab : Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.





Dia berkata: Aku ingin menjadi orang yang istimewa di sisi ALLAH..
Baginda s.a.w. menjawab : Banyakkan dzikrullah niscaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi ALLAH..




Dia berkata: Aku ingin disempurnakan imanku.
Baginda s.a.w. menjawab : Baikkanlah akhlakmu niscaya imanmu akan sempurna.



Dia berkata: Aku ingin termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Baginda s.a.w. menjawab : Tunaikan segala kewajiban yang difardhukan maka
engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.


Dia berkata: Aku ingin berjumpa ALLAH dalam keadaan bersih dari dosa.
Baginda s.a.w. menjawab : Bersihkan dirimu dari dosa niscaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci dari dosa.





Dia berkata: Aku ingin dihapuskan segala dosaku.
Baginda s.a.w. menjawab : Banyaklah beristighfar niscaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu.


Dia berkata: Aku ingin menjadi semulia-mulia manusia.
Baginda s.a.w. menjawab : Jangan berprasangka pada orang lain niscaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.



Dia berkata: Aku ingin menjadi segagah-gagah manusia.
Baginda s.a.w. menjawab : Senantiasa berserah diri (tawakkal) kepada ALLAH
niscaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.


Dia berkata: Aku ingin dimurahkan rezeki oleh ALLAH..
Baginda s.a.w. menjawab : Senantiasa berada dalam keadaan bersih (dari
hadast
) niscaya ALLAH akan memurahkan rezeki kepadamu.








 Dia berkata: Aku ingin termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh
ALLAH dan rasulNya.
Baginda s.a.w. menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh ALLAH dan
rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka.


Dia berkata: Aku ingin diselamatkan dari kemurkaan ALLAH pada hari qiamat.
Baginda s.a.w. menjawab : Jangan marah kepada orang lain niscaya engkau akan selamat dari kemurkaan ALLAH dan rasulNya.



Dia berkata: Aku ingin diterima segala permohonanku.
Baginda s.a.w. menjawab : Jauhilah makanan haram niscaya segala permohonanmu akan diterimaNya.



Dia berkata: Aku ingin agar ALLAH menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat.
Baginda s.a.w. menjawab : Tutupilah keburukan orang lain niscaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.






Dia berkata: Siapa yang selamat dari dosa?
Baginda s.a.w. menjawab : Orang yang senantiasa mengalirkan air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.




Dia berkata: Apakah kebaikan terbesar di sisi ALLAH..?
Baginda s.a.w. menjawab : Baik budi pekerti, rendah diri dan sabar menghadapi cobaan ALLAH..



Dia berkata: Apakah kejahatan terbesar di sisi ALLAH..?
Baginda s.a.w. menjawab: Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.



Dia berkata: Apakah yang meredakan kemurkaan ALLAH di dunia dan akhirat ?
Baginda s.a.w. menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi dan penghubungkan persaudaraan.




Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda s.a.w. menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah.


Kata-kata Habib Al-Ajami: 

" Buangkanlah rasa iri hati dari dalam dadamu terhadap orang lain. Tutupilah matamu dari kesenangan dunia. Sedarilah bahwa penderitaan adalah suatu pemberian yang sangat bernilai dan berharga. 
Sedarilah bahawa ALLAH menentukan setiap sesuatu..






Saturday, November 2, 2013

(¯`•. MUKJIZAT DI SEBALIK BISMILLAAH..•´¯)






 BISMILLAH adalah sebutan/nama singkatan dari lafaz
 ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM.. '  yang bermaksud
 ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. '

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
 

 SubhanaAllah...