.
#1 - Nilai Tambah & Simpanan
Perniagaan yang maju diawalnya bukan ukuran kemajuan di akhirnya. Sentiasa bersedia untuk memberikan nilai tambah bagi setiap produk termasuk bersedia dengan tabungan, kerana ia adalah sumber kejayaan.
#2 – Yakin dengan “Pelaburan Ilmu”
Jangan kedekut melabur duit untuk belajar ilmu baru terutamanya ilmu-ilmu yang boleh meningkatkan kerjaya dan bisnes.
#3 – Percaya Pada Ganjaran Usaha
Apabila berlaku perkara negatif atau kehilangan sesuatu, yakin dan percaya bahawa Tuhan pasti menggantikan ganjaran yang lebih baik. Dalam setiap kepayahan, pasti ada kesenangan. Belajar untuk melihat hikmah ALLAH di sebalik kejadian adalah ciri-ciri orang berjaya dan berfikir luar biasa.
#4 – Dugaan Adalah Penyuci Dosa
Apabila berlaku perkara negatif, jangan cepat menyalahkan orang lain. Cari kesilapan diri sendiri. Apa yang berlaku adalah dugaan untuk kita mungkin disebabkan dosa-dosa kita dahulu. Mohon ampun kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan maafkan diri sendiri atas kesilapan yang kita buat.
#5 – Pilih Mentor yang Betul
Untuk berjaya dalam bisnes, wajib berguru dengan mentor yang sudah berjaya dalam bisnes dan pakar di dalam industri. Pilih mentor yang dapat membimbing kita dengan ilmu, sistem dan tindakan yang betul supaya proses kejayaan menjadi lebih pantas.
#6 – Solat sebagai “Penarik Rezeki”
Selain menjaga solat fardu, solat dhuha adalah kunci kepada pintu rezeki. Setiap kali selepas solat, doa dengan bersungguh-sungguh dan minta dengan Tuhan apa yang kita inginkan dengan spesifik.
Fokus di dalam solat dan doa menjadi pembuka rezeki dan memudahkan jalan dalam urusan harian seterusnya setiap matlamat lebih mudah dicapai. Manfaatkan 1/3 malam untuk sujud kepada-Nya memohon keampunan, keredaan & kerahmataan-Nya untuk diri, keluarga & perniagaan.
#7 - Benci Kepada Sikap Terhegeh-hegeh
Sikap lambat untuk membuat tindakan adalah antara punca kegagalan yang tidak berkesudahan.
#8 – Kejayaan Di Bawah Tapak Kaki Ibu
Hubungan yang baik dengan ibu bapa akan membuatkan proses kejayaan menjadi lebih lancar. Jika hubungan renggang, perbaiki segera hubungan dengan mereka dan sentiasa menggembirakan hati mereka. Ceritakan serba sedikit apa yang kita lakukan dan mohon mereka mendoakannya. Doa ibu mempunyai rahsia tersendiri dan sungguh mustajab.
#9 – Biar Kecil, Asal Berhasil
Bermula sedikit dan kembangkan menjadi besar. Elak bermula besar akhirnya bubar.
#10 – Tangguh Kepuasan Diri
Wujudkan satu ‘peti besi’ yang isinya adalah simpanan untuk keinginan kita. Kunci rapat-rapat peti besi tersebut dan disiplinkan diri untuk tidak membukanya.
Dikhuatiri apabila kita membukanya di peringkat awal perniagaan, kita akan terdorong membeli simbol-simbol kemewahan di kala perniagaan kita masih belum kukuh tapak dasarnya. Apabila perniagaan sudah betul-betul stabil, buka peti besi tersebut dan penuhi keinginan kita secara cermat dan mengikut pengurusan kewangan yang betul.
#11 – Bukan Sekadar Jutawan Dunia
#12 – Guna Strategi Luar Kotak
#13 – Kaji Permintaan Terlebih Dahulu
#14 – Tamak Bawa Padah
#15 – Berani Kembangkan Pasaran Ke Negara Luar
#16 – Buat Pelan Bisnes Realistik
Setiap perniagaan tanpa business plan adalah ibarat menaiki perahu tanpa pendayung. Business plan adalah sesuatu yang harus di capai dan bukannya mengharapkan keajaiban.
#17 – Berpegang Teguh Pada Prinsip
Apabila menetapkan matlamat mahu berjaya di dalam perniagaan ini, tetapkan pendirian dan jangan mudah terpengaruh dengan peluang bisnes lain walaupun ditawarkan pulangan lumayan. Salah satu kesilapan usahawan yang baru mengecapi kejayaan adalah mudah teruja dengan peluang-peluang bisnes lain menyebabkan melabur di luar kemampuan syarikat.
.
.
****************************
.
🔘◕Topup je dapat balik Rebate 3%..??
~