.
Adakah solat..??
Baca Quran..?
Selawat..?
Sedekah..?
Atau puasa..?
.
Mari kita baca jawapannya...
.
.
.
Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh - (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)
.
KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA..?
.
1-
Sebagaimana firman ALLAH,
"...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....."-(surah al munafiqun:10)
.
.
👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata
"supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"..?.
👳✏Seorang ulama berkata,
"Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya..".
.
2-
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
.
.
3-
Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.
.
.
4-
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.
.
5-
Bersedekahlah.. Sesungguhnya ALLAH memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.
.
.
6-
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah..?
1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga
.
2. Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan
.
3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
.
4. Sedekah dapat memadam kemurkaan ALLAH dan kepanasan kubur
.
5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh ALLAH akan rezeki (kerana bersedekah)
.
6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.
.
7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
.
8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat)
.
9. Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
.
10. Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya
.
11. Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.
.
12. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)
.
.
13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar
.
14. Orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.
.
15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba ALLAH kepada si pemberi.
.
16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
.
17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
.
18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
.
19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
.
20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
.
21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
.
22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.
.
.
.
.
Dan sebaik2 sedekah sekarang ini ialah menyebarkan info ini dengan niat bersedekah..
.
------------
< KLIK SINI ANDAI BERMINAT BUAT DUIT DENGAN HANDPHONE >.
.
.
.