Sahabat,
Ketika saya sedang menanti Bas di sebuah perhentian
Bus Stop, saya terdengar perbualan dua remaja yang
rancak bercerita mengenai isu-isu semasa. Saya cuba
untuk tidak memasang telinga dengan membaca buku
ilmiah yang sempat dibeli tadi sebelum bergegas laju
menunggu teksi.
Sedang asyik mereka berbual dari satu topik ke satu
topik yang lain, tiba-tiba
salah seorang dari mereka kemudiannya bercerita
perihal seorang sahabat lama mereka.
Terdengar gelak tawa mereka dan sesekali senyap
pula seketika. Saya terpegun bila tiba-tiba seorang
dari mereka berkata,
'' kalau Sara ada lagi, dia
'' kalau Sara ada lagi, dia
tentu sama pengajian dengan kita kan..? Marilah kita
sedekahkan Fatihah untuk dia.. ''
kemudian saya lihat
kemudian saya lihat
mereka berdua menadah tangan dan sejurus
selepas menyapu kedua tapak tngan ke muka masing-
masing, mereka meneruskan perbualan
mengenang keindahan persahabatan mereka bersama
Sara.
Saya sungguh tersentuh dan merasa kagum dengan
akhlak kedua remaja itu.
Mereka bermurah hati mengirimkan Al-Fatihah buat
sahabat mereka yang telah lama tiada. Begitu abadi
ukhuwah mereka.
Bertuahnya Sara kerana mempunyai sahabat seperti
mereka. Dan saya berharap juga mendoakan semoga
kita semua mempunyai sahabat dan lebih-lebih lagi
akhlak seindah dua remaja itu.
Sahabat,
Mohon doakan saya bila tiba masanya
nanti ye.. (✿◠‿◠)
Terima Kasih setulus hati.