Saturday, September 20, 2014

Sahabat, mohon doakan saya nanti ye.. (ɔ ˘⌣˘)~♡

Sahabat, 


Ketika saya sedang menanti Bas di sebuah perhentian 

Bus Stop, saya terdengar perbualan dua remaja yang 

rancak bercerita mengenai isu-isu semasa. Saya cuba 

untuk tidak memasang telinga dengan membaca buku 

ilmiah yang sempat dibeli tadi sebelum bergegas laju 

menunggu teksi.





Sedang asyik mereka berbual dari satu topik ke satu 

topik yang lain, tiba-tiba 

salah seorang dari mereka kemudiannya bercerita 

perihal seorang sahabat lama mereka. 


Terdengar gelak tawa mereka dan sesekali senyap 

pula seketika. Saya terpegun bila tiba-tiba seorang 

dari mereka berkata, 

'' kalau Sara ada lagi, dia 

tentu sama pengajian dengan kita kan..? Marilah kita 

sedekahkan Fatihah untuk dia.. '' 

kemudian saya lihat 

mereka berdua menadah tangan dan sejurus 

selepas menyapu kedua tapak tngan ke muka masing-

masing, mereka meneruskan perbualan 

mengenang keindahan persahabatan mereka bersama 

Sara.


Saya sungguh tersentuh dan merasa kagum dengan 

akhlak kedua remaja itu. 

Mereka bermurah hati mengirimkan Al-Fatihah buat 

sahabat mereka yang telah lama tiada. Begitu abadi 

ukhuwah mereka.


Bertuahnya Sara kerana mempunyai sahabat seperti 

mereka. Dan saya  berharap juga mendoakan semoga 

kita semua mempunyai sahabat dan lebih-lebih lagi 

akhlak seindah dua remaja itu.


Sahabat,

Mohon doakan saya bila tiba masanya 

nanti ye.. (✿◠‿◠)

Terima Kasih setulus hati.

No comments:

Post a Comment