Sunday, March 8, 2015

Handphone Ayah


Assalamualaikum..
Kali ni terpanggil untuk mencoretkan sebuah kisah mengenai ayah. 
Tiba-tiba hati ni hiba bila mendapat watsapp dari seorang sahabat yang sama-sama berada di dalam satu group watsapp geng sekolah menengah dahulu.

Dalam watsapp tu, ada gambar seorang lelaki tua yang dikisahkan membawa telefonnya untuk dibaiki ke sebuah kedai.. Tapi yang sebenarmya teleponnya tu tidak lah rosak.. :'(
Aku lampirkan gambar yang menjadi viral di FB, Watsapp dan seangkatan dengannya di bawah ini.. 
Kesian kan tengok wajah orang tua ni.



Kisah pakcik ini mengingatkan aku kepada ayah. Ayah aku berumur 76tahun sekarang.
Tapi kisah yang ingin aku ceritakan ini berlaku berbelas-belas tahun yang lalu..
Tahun selepas perginya arwah mak meninggalkan kami semua buat selama-lamanya.. :'(

Selepas arwah mak meninggalkan kami adikberadik bersama ayah, ayah tetap meneruskan kehidupan dan rutin hariannya seperti biasa di rumah yang dibeli oleh ayah atas nama arwah mak.
Puas kami adikberadik memujuk agar ayah tinggal bersama salah seorang daripada kami tapi ayah tak mahu.

Ayah sayang dengan rumah yang banyak menyimpan kenangan suka duka, susah dan senang bersama arwah mak. Ayah pun terlalu sayang untuk meninggalkan pekerjaannya sebagai Security Guard di sebuah stadium di bandar Kluang.

Ayah amat 'straight' dan berdisplin. Kekemasan dan kedisplinan ayah tu terbawa-bawa dari semenjak ayah bekerja di kem askar pada tahun 60an lagi.
Sungguh ayah sangat pengemas orangnya. Walaupun arwah mak dah tak ada tapi ayah boleh memasak, membasuh dan mengemas rumah sendirian. Aku pun kalah kalau berlawan memasak dengan ayah, hihi..



Ayah penyayang dan penyabar orangnya. Tak dinafikan aku banyak dapat 'habuan' atas perangai 'baik' ku dari arwah mak berbanding ayah. Rasanya kami adik beradik belum pernah merasa 'penangan' dari ayah. Kuasa renungan mata ayah sudah cukup membuatkan kami gerun. Dari kerana mata ayah, kami adik beradik selalu jadi baik dengan serta merta, ahaks!

Dipendekkan cerita, oleh kerana ayah bekerja dan kami adik beradik pun dengan urusan rumahtangga masing-masing, maka kami 4 beradik perempuan kesemuanya berpakat untuk membelikan ayah sebuah handphone. Mudahlah untuk kami mengetahui keberadaan dan keadaan ayah nanti bila ayah sudah ada handphone.




Sebenarnya, kami kesian pada ayah. Semua uruskan kerjarumah ayah buat sendiri.  Ajak tinggal bersama, ayah tak mahu. Jadi kebetulan ada seorang makcik ni, kawan lama arwah mak dan ayah juga. Dia me'rekeman'kan pada ku seorang anak dara tua untuk ayah. Untuk dijodohkan dengan ayah kata nya..! Jeng, jeng, jengg..!! 
Aku pun sebenarnya kenal sangat dengan perempuan tu, memang single lagi walaupun sudah berumur. Pengemas dan cantik juga orangnya.

Aku ajukan pada ayah cadangan makcik Bibah tu. Ayah tolak mentah-mentah, kau..!
 Ayah kata dah tua-tua buat apa nak kawin lagi. Tak banyak harta nak tanggung bini baru, hihi..
Aku pujuk lagi ayah, last-last ayah kata..
" AYAH KESIAN PADA ARWAH MAK KAU. DIA BAIK. SUSAH SENANG SEMUA DENGAN AYAH.."
Lepas tu aku terus senyap. Aku faham. Dalam hati ayah, arwah mak sentiasa hidup..

Ok, lah berbalik kepada cerita handphone tadi. 
Mulanya kami mahu membelikan ayah handphone yang skrin berwarna dan canggih sikit tapi ayah kata tak mahu yang pelik-pelik dan payah untuk kendalikannya nanti. Jadi kami belikan ayah handphone yang tahan lasak dan tak banyak fungsi jadi tak susah sangat nak ajar ayah menggunakannya. 




Mula-mula ayah kekok nak guna. Ajar 2, 3hri jugak lah untuk fungsi panggilan dan jawab panggilan. Oleh kerana ayah masih blur kegunaannya jadi kami adik bradik pun pakat-pakatlah call ayah untuk membiasakan ayah menjawab panggilan.. :)

Hari-hari kami call ayah. Bila kami call, ayah akan beritahu, si angah baru call.. si kak Uda baru call.. dedek pun baru call jugak tadi.. lepas tu kami pakat gilir-gilir call ayah. Jadi tak adalah ayah asik keja menjawab panggilan anak-anak saja, hihi..

Satu hari tu, ayah balik kerja dan bermalam di rumah aku. Lepas makan malam, ayah tengok-tengok handphone ayah. Belek-belek.. Aku pun tanya lah kenapa ayah asik membelek handphone aje..
Tahu tak apa ayah jawab..

 '' TINA, TENGOKKAN HANDPHONE AYAH NI. ROSAK LA AGAKNYA.. "

Aku pun tengoklah handphone ayah tu. Belek-belek jugak. Try buat 1 call ke nombor ayah. Ok, aje. Tak ada yang rosak pun.. Aku tanya kat ayah kenapa ayah cakap dan ingat handphone ayah rosak.. Ayah jawab..

" HARI NI HANDPHONE AYAH TAK BUNYI PUN.. ANGAH, KAK UDA, DEDEK TAK TELEPON PUN.. AYAH AGAK HANDPHONE NI ROSAK LAH.."

Ya ALLAH.. nak menangis jugak masa tu, tapi tahan je rasa sebak. Rupa-rupanya, hari tu, tak ada seorang pun dari kami yang call ayah. Semua sibuk dan leka dengan urusan rumahtangga masing-masing. Semua ingat salah seorang dari kami ada yang menelefon ayah hari itu.




Sekarang ayah tinggal bersama kak Ngah di seremban. Ayah sama seperti warga tua yang lain. Berulang alik ke hospital memeriksa dan memantau jantung juga tekanan darah. Ayah juga sekarang sudah kerap lupa. 
Lupa di mana jam tangan kesayangannya diletakkan dan sentiasa tercari-cari cermin mata apabila mahu membaca suratkhabar walaupun ayah sedang memakainya ketika itu.

Apapun juga keadaan dan situasi ayah, kami anak-anak ayah sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah dan memohon agar ALLAH memberikan kesihatan yang baik kepada ayah.
Semoga ALLAH kurniakan ayah ketenangan dan kegembiraan di sepanjang usia ayah.





So, kalau kau orang masih ada lagi mak dan ayah, calling-calling lah mereka selalu, hari-hari.. Asal rasa tergerak je hati nak call, call cepat-cepat. Itu tanda mak ayah kita rindu kat kita sebenarnya. Cuma mereka tak cakap terang-terangan je.. ok..
Last sekali, sentiasa dokan mak ayah kita dalam setiap sujud-sujud kita..

































---------------------------------------------------



Ada Handphone tapi tak ada Gaji..?
Ruginyerr..
Kenapa tak jadikan handphone tu sebagai sumber side income korang..?
HandPhone boleh jadi sumber Gaji ke-2 korang selain gaji hakiki pekerjaan sekarang..??
KLIK SINI untuk tahu caranya.
..




.



No comments:

Post a Comment