.
Assalamualaikum..
.
Hai, selamat berpuasa dan selamat meraih pahala sehingga waktu berbuka yer, :)
.
Subuh tadi, awak sahur apa ek..?
Kita, bangun sahur tadi pagi, sempat masak telur goreng aje.
Kelewatan bangun sahur lah, huhu..
tapi, Alhamdulillah, malamnya tadi dah masak nasi dulu.
Agaknya kalau masak nasi time bangun sahur macam selalu tu,
kompem sekeluarga sahur telur goreng aje tanpa nasi la jawabnya, ahaks!
.
Ini semua, Tuah la yang punya pasal..!
Bertuah punya anak..#tuahencem
.
.
Dah pukul 12 malam pun dia tak tido2 lagi.
Duk melayan video upin ipin dia jer tak jemu2..
( pandai cari cerita upin ipin sendiri kat Youtube dalam henpon abah dia tau..
Anak2 sekarang pandai2 kann..)
.
Siapa yang ada anak2 kecik tu,
tahu lah kerenah budak2 ni macam mana..
Umur 4 tahun ke atas ni, tahun2 aktif mereka.
Leka dengan mainan dan sukakan keseronokan.
Tak mahu makan dan tak mahu tido kalau tengah 'asyik' dengan sesuatu yang dia suka.
.
Lepas tu,
Kalau dah tido siang lama, atau tertido lepas asar tu,
memang bangunnya dekat2 maghrib ler nanti..
Dah tu, malamnya payah dia nak tido awal..
Itu pasal kita ibu2 ni, masih berjaga walaupun dah hampir jam 1, 2pagi.
( lepas tu, mak dan ayah akan terlewat atau kesiangan ler kan, haha..#padanmukakita )
.
So,
selalunya alternatif yang saya guna untuk menjaga sesi tido si Tuah ni
bior dia tak terlajak tido waktu maghrib atau awal pagi,
saya ajak dia tido lepas zohor atau selewat2nya jam 3 petang saya pastikan dia dah tido.
( tapi semalam dia tertido lepas asar, tu pasal malam dia tido lambat, huhu..)
.
Kalau dia tak nak tido,
saya akan bawa dia jalan2 lepas asar.
Bawak tunggu kakak dia yang balik sekolah jam 6 petang.
Layan dia main2.
.
Jam 8 lebih kompem dia tertido sendiri, hehe..
Masa tu saya akan pastikan volume berita dan cerita di dalam TV tu tahap slow yang amat.
.
.
Tuah ni umurnya 4 tahun sekarang.
Video ni saya rakam pada tahun lepas
masa dia tengah aktif 'eager' untuk lakukan apa saja.
.
Alhamdulillah, Tuah semankin bijak dan semankin baik sekarang.
SubhanALLAH, begitu pengasihnya ALLAH mengurniakan kita
dengan Rahmat dan RezekiNya atas kehadiran anak2 dalam kehidupan kita.
.
Semoga kita menjadi mak ayah
yang dapat mendidik dan mengenggam erat tangan anak2 kita
ke arah kejayaan di dunia juga akhirat sana.
Aamiin Ya Rabb..
.
.
.
-------------
.
Nak Sihat Insentif tak..?
Kita Sihat, anak2 Sihat, Semua orang boleh Sihat, InshaALLAH..
Jom, Sihat dapat, Income pun dapat tau.. KLIK SINI
No comments:
Post a Comment