Thursday, October 31, 2019

kOL3KSI KAT4-K4TA MUTI4RA H1KM4H - 1

Bissmillahirahmanirahim..
Assalamualaikum Wbt..


Saiyidina Ali Bin Abi Talib telah berkata :

Simpan rahsiamu berdua sahaja
1. Allah SWT
2. Dirimu

Jagalah di dunia ini dua keredhaan
1. Ibumu
2. Bapamu

Melupakan Tuhan itu, Dosa.
Melupakan OrangTua itu, Derhaka.


Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua hal
1. Sabar
2. Solat

Jangan risau dua hal ini
1. Rezeki
2. Ajal
Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah SWT

Dua hal yang tidak perlu diingati selamanya
1. Kebaikanmu terhadap orang lain
2. Kesalahan orang lain terhadapmu

Dua hal yang jangan dilupakan selamanya
1. Allah SWT
2. Alam akhirat

Selalu dekat dengan empat orang ini
1. Ibumu
2. Ayahmu
3. Saudara lelakimu
4. Saudara perempuanmu

Selalu sangat tukar sim kad dan telco..? Gunakanlah Simkad ada Khairat Kematian

Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka
1. Yatim
2. Fakir
3. Miskin
4. Orang sakit

Empat hal yang memperindahkan dirimu
1. Sabar
2. Tabah
3. Tinggi ilmu
4. Dermawan

Empat orang yang hendaknya kamu dekati
1. Orang yang ikhlas
2. Orang yang setia
3. Orang yang dermawan
4. Orang yang jujur

Empat orang yang hendaknya jangan kamu jadikan teman
1. Tukang bohong
2. Tukang curi/rasuah
3. Tukang hasut
4. Tukang adu domba

Empat orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka
1. Isterimu
2. Anak-anakmu
3. Keluargamu
4. Sahabatmu

Empat hal yang hendaknya kamu kurangi
1. Makan
2. Tidur
3. Malas
4. Bicara berlebih-lebihan/gossip

Empat hal yang jangan kamu putus
1. Solat
2. Al-Quran
3. Zikir
4. Silaturrahim


No comments:

Post a Comment